Terima kasih kepada yang sudi membaca...komen dan pandangan anda amat dihargai..

Dulu-dulu

Friday, March 11, 2011

Penghibur Nombor Satu Asia


Korang agak2 kenal tak ni sape....

tengok betul2...agak penah nampak tak kat mane2....
 awal2 kemunculan Sudirman...kat muka album dia ade letak gambar
Kay (nama panggilan)

tapi sayang...walaupun Sudir & Kay pernah berkahwin tapi xdikurniakan cahaya mata...Pada tahun 1981, Sudirman bertunang dengan gadis pilihannya, Kamariah Jamaluddin. Mereka berkahwin pada 14 Februari 1981 tetapi bercerai tiga tahun kemudian iaitu 25 Mei 1984.
Walaupun memiliki ijazah undang-undang dari Universiti Malaya pada 1981 dan menjadi peguam pada 1983, arwah Sudir memilih nyanyian.

Dilahirkan di Temerloh, Pahang pada 12 Mei 1955

Mula dikenali apabila menyertai pertandingan Bintang RTM pada 1976 
comelkan..kan..kan 
Setahun kemudian menjadi artis syarikat rakaman EMI hingga ke akhir hayatnya.
Allahyarham juga pernah menganjurkan konsert percuma di Chow Kit pada 1986, yang disaksikan kira-kira 100,000 penonton. Ia nyata mencatatkan sejarah tersendiri.
 Antara pencapaian Sudirman dalam seni yang masih belum 'digugat apabila Allahyarham menjadi artis pertama tanah air yang mengharumkan nama Malaysia di arena antarabangsa apabila diumum sebagai Penghibur Nombor Satu Asia di Salem Music Award di London pada 1989.
Dalam usia 38 tahun, dia menyahut panggilan Ilahi Kira-kira jam 4 pagi, tanggal 22 Februari 1992, penghibur serba boleh itu 'pergi' buat selamanya akibat penyakit radang paru-paru.

mari la kita sama2 sedekah kepada beliau...semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman...
amin.



2 comments:

  1. al-fatihah utk arwah sudirman hj. arshad. lagu2 dia sampai skarang masih diminati...

    ReplyDelete

Terima Kasih, Komen Anda Amat Dihargai.. peace!!