Terima kasih kepada yang sudi membaca...komen dan pandangan anda amat dihargai..

Dulu-dulu

Friday, November 21, 2014

Teguran dan pujian mana satu pilihan kita...

Assalamualaikum,

Teguran dan pujian mana satu pilihan kita...

TEGURAN :

kadang-kadang bila kita menegur teguran kita disalah ertikan, Tak semestinya kita menegur sebab kita ni terlalu baik atau sempurna sangat...kita menegur kerana kita ambil berat dan sayang...
Janganlah kita pandang siapa yang memberi teguran lihatlah kepada isi teguran itu...TEGURAN ITU NASIHAT...kadangkala boleh jadi itu teguran dari Allah SWT dan orang yang menegur itu hanyalah perantara dan penyebab je. Allah dah tentukan segalanya., yang penting kita bersangka baik dengan setiap teguran yang kita dapat.

PUJIAN :

Berhati2 lah dgn setiap pujian, bukanlah nak kata pujian itu tidak baik...cuma bila kita dipuji sedikit sebanyak timbul sedikit perasaan riak dalam diri kita...
kadang-kadang orang boleh berlakon depan kita dipuji dan disanjung, tapi belakang kita?
sebenarnya PUJIAN ITU UJIAN. Tidak dinafikan ramai yang suka dipuji kerana ia fitrah manusia rasa seronok, bangga bila dipuji, tapi bahawa bila hati ni terlalu hepi sangat, banyak perkara yang kita akan terlepas pandang dan alpa.

Hakikatnya segala puji-pujian itu adalah milik Allah. Ucaplah Alhamdulillah.
Maka,terimalah teguran  yang disampaikan sesama kita dgn hati yg terbuka....Semoga kita sentiasa diberi rahmat dan hidayah oleh Allah SWT.

Insyaallah

hadis  Imam al-Syafie:
"Sesiapa yang menceritakan aib orang lain kepadamu,dia akan menceritakan aibmu kepada orang lain juga.

Sesiapa membawa berita orang lain kepadamu,dia akan membawa berita mu kepada orang lain.

Sesiapa yang berlebihan memujimu jika engkau menggembirakannya, dia akan berlebihan mencelamu jika engkau memarahinya."

motif letak gambar ni...
saje-saje
just for sharing

note to myself
peace 
(^__^)


2 comments:

Terima Kasih, Komen Anda Amat Dihargai.. peace!!